<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


SALAM UKHWAH DAN MAWADDAH

Counter
hit Counter


matlamat hidup kita adalah mendapat redha ALLAH
i am aisah
i am studying in usm, major in maths and minor in biology


-----------
FAV LINK
-----------
my frenster
my fotopages!!
inazhkom
mujahadah
dalina
elmafraqi
yatie ali
my blogspot
sis Eyda
tinta mujahidah
durrapoem
kak dalina
al-Qadiri
asri
kak zai
durra
my gmail
hanan.com.my
ukhwah.com
bicarasiswa.com
al-ahkam.net
nasyid.com
nasyeed.com
mawaddah
permaya
hikmah
keamanan.net.my
abim
pkpim
google
yahoo
tranungkite
harakahdaily
hotmail
sakiinah
islamway
malaysiakini
online radio
ummah online
pejuang
pejuang islam



Click to join PMIUSM yahoo group



Get Firefox!








KREKO.org!

.: fungkur's Network :.


islamic web

[
saiful islam ] [ fitrah perkasa ] [ mp3 nasyid ] [ dr danial ] [ dr tuah ] [ suaram ] [ e-ulama ] [ tehranifaisal ] [ faisaltehrani ] [ alwancomics ] [ bantah ifc ] [ kampus negara ] [ harun yahya ] [ sengkarai ] [ palestin ] [ ikhwan ] [ fikir ] [ azri ] [ tazkirah ] [ usrah ] [ tarbiyah fikrah ] [ doctor ]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, December 02, 2006
boikot israel... jangan beli barang2 ni.. fikirkanla


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

 

BRANDS & LABELS TO BOYCOTT

 

URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html

 

 

Posted at 06:21 pm by iman_aishah
Sila berikan komen  

Sunday, November 26, 2006
assalamualaikum

Mahalnya Syurga
Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?

Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

Apabila Saidina Muawiyah lah.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)

Pengajaran ayat Quran:
"Di antara manusia ada yang mengatakan (Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar." (Surah Al-Baqarah ayat 8-12)

Firman Allah lagi dalam Surah Fatir ayat 29 berbunyi: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

firmanNya lagi dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Orang yang cerdik itu ialah orang yang memperhambakan dirinya untuk persiapan hidup di akhiratnya manakala orang yang lemah ialah orang yang menurut hawa nafsunya tetapi berangan-angan untuk masuk ke Syurga."
NOTA:
Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .

WASSALAM. Allah hualam bissawab.... ..

SURAU AN-NUR


Posted at 10:18 pm by iman_aishah
Comment (1)  

Tuesday, July 04, 2006
SOLAT ITU TIANG AGAMA... DIRIKAN DI AWAL WAKTU

KITA MAMPU KATA KITA SOLAT..
KITA PERNAH KATA KITA SOLAT SEJAK BERUSIA 7 TAHUN
KITA PERNAH KATA KITA AKAN SOLAT WALAU DALAM MUSAFIR
 
TAPI.....
PERNAHKAH KITA TERFIKIR ADAKAH SOLAT KU KINI LEBIH KHUSYUK
DARI KALI PERTAMA KITA MENGERJAKAN SOLAT
 
ATAU
SAMA.... BAHKAN LEBIH TERUK DARI ITU...

Posted at 03:55 pm by iman_aishah
Comment (1)  

Next Page